Tuesday, January 9, 2018

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM PERKAHWINAN : PILIH TARIKH





Perkara utama yang perlu difikirkan ialah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakannya pasangan lebih gemar memilih tarikh yang mudah diingati, tetapi mereka sering melupakan tentang perayaan yang hampir dengan tarikh perkahwinan mereka. Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan. 

Disebabkan itu, lebih susah untuk mencari dewan kahwin atau lokasi kahwin kerana kebanyakkannya telah penuh dibooking. Tidak dilupakan juga catering, pelamin, kad kahwin, hantaran kahwin dan doorgift kahwin. Semua ini akan penuh dan ada juga menaikkan harga ketika musim begini. Selain itu, tanpa tarikh kahwin yang ditetapkan, agak susah untuk pihak ini block tarikh tersebut untuk anda. Jadi amat penting menetapkan dulu tarikh perkahwinan sebelum melakukan benda lain

No comments:

Post a Comment